M4M

Ape tu? 
Ape bendenye M4M tu?
okey...untuk tidak melengahkan masa,
dan untuk tidak membebani akal dan kotak pemikiran anda,
M4M tu maksudnya MESSAGE FOR MANKIND.
Okey, mesti ade yang akan terfikir, "hello...cermin diri u sikit ye nak nasihat2 org plak..."
mungkin ade juga yang akan fikir, "eleh...ko nk nasihat aku, ko pn same je..."
mungkin juga, "kubur lain-lain what, so jgn sibuk hal orang k?"
TETAPI....
tak kisah la ape orang nak kata n fikir, yang penting kite bertanggungjawab menyampaikan ilmu dan nasihat sesama manusia selagi kita bernyawa. So, atas dasar tanggungjawab nie la, elok kiranya saya berkongsi ilmu dan nasihat yang berguna...
Dan kiranya kata-kata dan nasihat tersebut menusuk jantung dan hempedu, maafkan la saya yg serba kekurangan ini...Dan jika ade yang salah, tegur, betulkan dan nasihat la saya... Semoga kita sama2 nasihat menasihati dan tegur menegur untuk kebaikan...
Sesungguhnya "Nasihat itu adalah harta bagi orang mukmin"

========================================================================


Kadangkala kita dilahirkan 
dalam keadaan fakir
Kerana ALLAH S.W.T menghendaki kita belajar bersemangat,
pantang undur dan berlatih keberanian diri.
  


========================================================================

 >>>MoTiVaSi<<<

Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul,
Kerana ia akan mencelamu di kemudian hari

Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul,
Kerana ia akan hilang dan habis

Jangan jadikan pangkat dan glamour sebagai motivasi unggul,
Kerana ia jua akan tamat dan dihasadi

Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul,
Kerana mereka pasti akan mati

Jadikanlah ALLAH S.W.T dan RasulNya sebagai motivasi unggul,
Nescaya Allah tidak akan mati dan janjiNya tidak akan mengecewakan 


======================================================================

No comments:

Post a Comment