Thursday, January 5, 2012

Beef Steak / Steak Daging Lembu

Salam sejahtera...

Hurm...rasanya hari nie nak berkongsi resepi lah, time raya korban hari tu dapat banyak daging dan nak tau saya buat ape, magic...tukarkan daging mentah itu kepada...beef steak or stik danging lembu...yummmy... its very simple n delicious...nah amik resepinya::

Bahan-bahannya:

Bahan A
potongan daging batang pinang (lebih kurang 500g)
Kicap pekat (1 sudu makan)
madu atau gula (1 sudu teh)
sos plum (1 sudu makan) * kalau takde sos plum saya guna sos tiram je...

Bahan B (kisar/tumbuk)
lada hitam (1 sudu teh)
bawang putih (3 ulas)
halia (1 inci)

Bahan C (sos black pepper)
serbuk lada hitam (1 sudu makan)
tepung jagung (1 sudu makan)
air (1 cawan)
sos tomato (1 sudu makan)
kicap pekat (1 sudu makan)

Bahan D (hiasan)
salad
tomato
kentang goreng
kacang panggang


Cara-caranya::
1. potong daging lebar2 setebal 1cm supaya cepat masak dan empuk.
2. Gaul semua bahan A dan Bahan B and perapkan beberapa jam
3. then, masukkan semua bahan yang diperap tadi dalam kuali non-stick and tutup dengan tudung kuali dan masakkan dengan api sederhana sampai air daging kering dan daging tu lembut
4. angkat daging tu dan buat sos plak, untuk sos, panaskan semua bahan c termasuk la lebihan perapan daging dalam kuali non-stick.
5. susun semua bahan hiasan, steak dan tuangkan sos.
6. Step ke-6 paling penting, duduk dan makan...nyum2...hehe

* sila abaikan teknik hiasan, ptongan sayur dan cara hidangan sy...nie cara orang malas...

Selamat Mencuba... =)

Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru Bermula

Salam 1 Malaysia... Dah lama aku xpedulikan blog nie, bila dibelek-belek, dah setahun rupanya ak abaikan blog nie... ish3...xpatot xpatot...jadi, sempena tahun baru nie, 2012, blog nie akan diupdate semula dengan info2 dan ilmu2 yang baru...dapat semangat baru lepas baca buku si blogger kampung...hehe...

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 a.k.a HAPPY NEW YEAR 2012... =)